Pusat Bantuan · 22 Soalan
FAQ
Semua soalan yang selalu ditanya client, dikumpulkan ikut kategori. Kalau jawapan tak ada di sini, hantar tiket melalui Client Portal dan team kami akan bantu.
Harga & Pakej
Berapa kos, apa yang termasuk, dan cara tambah feature.
4 soalan →Pembayaran & Invois
Bila bayaran bermula, kaedah bayaran, dan resit.
4 soalan →Proses Development
Tempoh siap, aliran kerja, dan revision.
4 soalan →Hosting, Domain & Security
Penyimpanan, pemilikan aset, dan perlindungan laman.
4 soalan →Support & Maintenance
Bantuan selepas launch dan pakej maintenance.
3 soalan →Refund & Pembatalan
Bila boleh refund dan macam mana prosesnya.
3 soalan →Harga & Pakej
Berapa kos, apa yang termasuk, dan cara tambah feature.
Apa yang termasuk dalam harga?
Setiap pakej termasuk design, development, testing dan deployment. Harga juga termasuk hosting, tetapi tidak termasuk domain — jadi total harga akan berubah ikut domain pilihan anda. Kalau anda dah ada hosting sendiri, kami beri diskaun RM 100.
Untuk siapa pakej ni sesuai?
Untuk sesiapa yang perlukan website professional — doktor, lawyer, peguam, kontraktor, usahawan, owner business, klinik, firma guaman, syarikat hartanah, dan semua jenis perniagaan yang nak online presence yang solid.
Nak tambah feature lebih dari yang termasuk?
Boleh. Kalau pakej anda tak cukup dengan feature yang disediakan, anda boleh tambah feature tambahan dengan caj berbeza ikut kerumitan feature tu. Setiap custom feature diquote secara berasingan supaya harga kekal telus.
Adakah website dibina menggunakan template?
Tidak. Setiap website dibangunkan menggunakan custom code berdasarkan maklumat dan keperluan yang anda hantar melalui form. Kami tidak menggunakan template yang sama untuk semua client.
Pembayaran & Invois
Bila bayaran bermula, kaedah bayaran, dan resit.
Macam mana cara pembayaran?
Kami guna sistem 50/50 — 50% deposit untuk mulakan development, dan 50% balance perlu dibayar sebelum website release. Pembayaran dibuat melalui invois rasmi dan manual bank transfer, dan invois hanya dikeluarkan selepas skop serta harga disahkan dalam sesi perbincangan kita.
Bila pembayaran perlu dibuat?
Bayaran hanya bermula selepas perbincangan dan setup selesai. Kami akan sediakan invois dengan butiran bayaran yang jelas, jadi anda tahu dengan tepat apa yang dibayar dan untuk apa.
Apa yang berlaku selepas saya sahkan pakej?
Sebaik harga dan skop dipersetujui, projek anda akan didaftarkan ke dalam sistem kami dan invois dikeluarkan. Team kami akan menyemak semua maklumat yang dihantar sebelum pembangunan dimulakan.
Boleh minta invois atau resit rasmi?
Semua invois dan resit dijana secara automatik dalam Client Portal dan boleh dimuat turun pada bila-bila masa untuk rekod syarikat atau tuntutan perakaunan.
Proses Development
Tempoh siap, aliran kerja, dan revision.
Berapa lama proses build website?
Landing page: 3–5 hari bekerja. Company profile: 1–2 minggu. Web app: 2–4 minggu bergantung pada complexity. Projek besar boleh mencecah 2–3 bulan.
Bagaimana saya mengikuti perkembangan projek?
Selepas setup projek, projek anda didaftarkan dan anda boleh ikut perkembangan melalui Client Portal — setiap kemas kini dan maklumat penting akan dimaklumkan dari masa ke masa.
Boleh minta revision?
Ya. Setiap pakej termasuk maksimum 5 kali revision minor — macam tukar text, gambar atau warna. Perubahan besar akan diquote secara berasingan supaya tiada caj mengejut.
Adakah saya boleh membuat perubahan selepas projek bermula?
Boleh. Jika terdapat perubahan atau penambahan keperluan, maklumkan kepada team kami. Setiap perubahan akan disemak berdasarkan skop semasa dan mungkin melibatkan perubahan kos atau tempoh.
Hosting, Domain & Security
Penyimpanan, pemilikan aset, dan perlindungan laman.
Hosting percuma tu sampai bila?
Hosting percuma adalah untuk tempoh yang dinyatakan dalam pakej anda. Selepas tempoh tersebut, hosting fee akan dikenakan dan harga tertakluk pada polisi hosting semasa.
Kalau saya dah ada hosting & domain sendiri?
Boleh. Kami akan deploy projek ke hosting anda. Anda layak mendapat diskaun RM 100 daripada harga pakej kerana kami tidak perlu menyediakan hosting.
Siapa yang milik kod dan design lepas projek siap?
Lepas full payment settle, hak milik penuh ke atas source code, design, dan content website akan transfer kepada client. Kami simpan hak untuk display projek dalam portfolio melainkan anda minta sebaliknya.
Adakah website dilindungi dari serangan?
Kami mengamalkan amalan keselamatan standard — update berkala, authentication yang kukuh, dan konfigurasi server yang selamat. Namun, tiada sistem yang 100% kebal dan kami tidak boleh menjamin laman bebas sepenuhnya daripada serangan.
Support & Maintenance
Bantuan selepas launch dan pakej maintenance.
Ada maintenance lepas launch?
Kami ada pakej maintenance bulanan untuk update content, security patch dan backup. Pakej Business & ke atas dah include free maintenance untuk tempoh tertentu.
Macam mana nak hantar tiket sokongan?
Log masuk ke Client Portal, pergi ke halaman Support, dan hantar tiket anda. Setiap tiket direkodkan supaya tiada isu yang tercicir.
Berapa lama masa respons support?
Tiket pada hari bekerja biasanya dibalas dalam tempoh 1–2 hari bekerja. Isu kritikal seperti laman down diberi keutamaan.
Refund & Pembatalan
Bila boleh refund dan macam mana prosesnya.
Boleh refund kalau saya batalkan projek?
Jika development belum bermula, deposit dipulangkan penuh. Jika development sudah berjalan, refund dikira selepas ditolak kos kerja yang telah disiapkan dan kos pihak ketiga.
Berapa lama refund diambil masa?
Semakan kelayakan dalam 3 hari bekerja, dan bayaran diproses dalam 7–14 hari bekerja selepas pengesahan. Tempoh ini bergantung pada bank anda.
Bagaimana jika projek saya tidak dapat diteruskan?
Sekiranya projek tidak dapat diteruskan atas sebab teknikal atau faktor daripada pihak kami, anda akan dimaklumkan dengan segera dan bayaran dipulangkan sepenuhnya mengikut Polisi Bayaran Balik kami.
Masih ada soalan?
Hantar tiket melalui Client Portal dan team kami akan balas dalam tempoh 1–2 hari bekerja. Sesi perbincangan adalah percuma dan tiada obligasi.
Untuk maklumat lanjut, rujuk Terma & Syarat, Polisi Privasi, dan Polisi Bayaran Balik kami.