Terms & Conditions

Terms & Conditions

Sila baca terma ni dulu sebelum guna service BitreeApp. Dengan buat pembelian, anda confirm setuju dengan semua terma dekat bawah ni.

1. Pengenalan

Terma ni mengikat secara legal antara BitreeApp ("kami", "developer") dengan anda sebagai client. Dengan buat pembelian atau booking apa-apa service yang kami offer, anda dianggap dah baca, faham, dan setuju dengan semua terma dekat sini. Kalau anda tak setuju, jangan buat pembelian — senang cerita.

2. Service Yang Kami Offer

Kami provide website development guna platform WordPress. Scope service kami termasuk:

  • Web design & development (Landing Page, Company Profile, Web App, eCommerce, etc.)
  • WordPress installation & configuration
  • Third-party integration (payment gateway, API, etc.)
  • Maintenance & technical support ikut pakej yang dipilih

Extra kerja yang luar dari scope pakej asal akan dikenakan additional charge. Kami akan inform dan minta ok dulu sebelum proceed.

3. Harga & Payment

Semua harga yang kami paparkan dekat website adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan boleh berubah anytime without prior notice. Kami berhak ubah, tambah, atau tarik balik mana-mana harga, pakej, atau promosi bila-bila masa. Harga yang mengikat adalah harga yang dipaparkan dalam quotation system kami.

Payment terms dia macam ni:

  • Deposit 50% kena bayar dulu sebelum development start.
  • Baki 50% kena settle sebelum website go-live.
  • Payment boleh buat melalui online transfer atau method lain yang kita setuju sama-sama.
  • Segala transaction fee atau bank charges adalah tanggungan client.

4. Hak Kami Ubah Harga & Pakej

Kami ada hak penuh untuk update harga, struktur pakej, dan terma promosi bila-bila masa without prior notice. Tapi perubahan ni hanya untuk pembelian baru — client yang dah buat booking atau dah bayar deposit akan kekal dengan harga lama yang dipersetujui. Kami komited jaga kepentingan client sedia ada.

Promosi & discount adalah limited time offer dan boleh ditarik balik anytime. Harga promosi hanya valid semasa tempoh promosi berjalan dan tertakluk pada terma yang dinyatakan.

5. Process Development & Timeline

Tempoh development bergantung pada jenis dan complexity project. Anggaran masa yang kami bagi adalah based on current schedule dan boleh berubah. Antara faktor yang boleh affect timeline:

  • Berapa cepat client bagi feedback dan bahan (content, gambar, logo, etc.)
  • Change scope atau revision yang banyak
  • Technical issues luar kawalan (server downtime, bug, etc.)

Kami akan usaha habis-habisan untuk siapkan projek dalam tempoh yang dijanjikan, tapi kami tak boleh tanggungjawab untuk sebarang delay yang disebabkan faktor luar kawalan kami. Cooperation dari client sangat penting untuk pastikan project jalan lancar.

6. Revision & Changes

Setiap pakej include maksimum 5 rounds of minor revision — change kecil macam tukar text, gambar, atau color. Revision major macam tambah page baru, ubah layout total, atau tambah function baru adalah luar scope dan kena charge tambahan.

Sebarang revision request kena hantar dengan jelas dan lengkap. Kami tak akan process revision yang fragmented atau sepah — maksudnya, hantar sekali semua dalam satu email, bukan sikit-sikit. Lepas revision kelima, apa-apa change tambahan akan dikenakan additional fee.

7. Hosting & Domain

Pakej tertentu mungkin include hosting percuma untuk tempoh tertentu (sila refer page Pricing untuk detail). Lepas tempoh percuma habis, hosting fee akan dikenakan. Harga hosting adalah separate dan tertakluk pada polisi hosting semasa. Domain name adalah tanggungan client dan kami boleh tolong uruskan pendaftaran domain jika diminta — kos domain akan charge direct kat client.

Kami tak bertanggungjawab untuk sebarang isu yang timbul akibat hosting atau domain tak dibayar on time. Termasuk data loss, website down, atau kehilangan domain name.

8. Hak Cipta & Ownership

Lepas full payment settle, hak milik penuh ke atas source code, design, dan content website akan transfer kepada client. Kami simpan hak untuk display projek yang dah siap dalam portfolio kami, melainkan client minta sebaliknya secara bertulis.

Kami juga berhak guna teknologi dan internal code (custom plugins, modules, framework) yang kami develop untuk project lain pada masa hadapan. Kod-kod ni adalah hak milik BitreeApp dan dilindungi bawah undang-undang hak cipta yang berkuat kuasa.

9. Had Tanggungjawab

Dengan setuju terma ni, anda confirm dan setuju bahawa:

  • Kami tak bertanggungjawab untuk apa-apa loss langsung atau tak langsung yang disebabkan oleh penggunaan website yang kami bina, termasuk hilang pendapatan, data, atau business opportunity.
  • Kami tak bertanggungjawab untuk apa-apa damage atau isu yang timbul akibat changes yang dibuat oleh third-party lepas website handover.
  • Kami tak bertanggungjawab untuk apa-apa security issue yang berpunca dari plugin, theme, atau code yang client tambah lepas project siap.
  • Kami tak bertanggungjawab kalau website kena hack atau serang — walaupun kami dah buat yang terbaik untuk secure kan website, no system is 100% bulletproof.
  • Kami tak bertanggungjawab untuk apa-apa hosting issue luar kawalan kami, termasuk server down, data loss, atau performance merosot.
  • Kami berhak tolak atau terminate mana-mana project bila-bila masa kalau didapati melanggar undang-undang Malaysia, mengandungi unsur tak sah, atau bertentangan dengan etika kami. Deposit akan dipulangkan dengan potongan untuk kerja yang dah siap.

10. Cancellation & Refund

Apa-apa cancellation lepas deposit bayar adalah tertakluk pada terma berikut:

  • Kalau development belum start, deposit akan refund penuh.
  • Kalau development dah start, deposit adalah non-refundable — sebab masa dan resource kami dah guna untuk project anda.
  • Untuk project yang dah complete 100%, tiada refund akan diberikan.
  • Kami berhak tahan apa-apa payment kalau project dibatalkan sebab client tak patuh terma yang dah setuju.

11. Limitasi Liabiliti

Dalam apa jua keadaan, total liability BitreeApp tak akan lebih dari jumlah payment yang dah dibayar oleh client untuk project berkenaan. Kami tak akan bertanggungjawab untuk apa-apa consequential, incidental, special, atau punitive damages — termasuk tapi tak terhad kepada hilang untung, data, atau business interruption — walaupun kami dah dimaklumkan tentang kemungkinan damage tersebut.

Service kami disediakan "as-is" tanpa apa-apa warranty, sama ada tersurat atau tersirat. Kami tak boleh guarantee website akan bebas dari gangguan atau error setiap masa — sebab benda ni technology, kadang-kadang ada je problem.

12. Terma Dalam Page Pricing

Semua terma yang dipaparkan dekat page Pricing — termasuk spesifikasi pakej, features yang tersenarai, tempoh promosi, dan harga — adalah tertakluk pada terma dekat sini. Walaupun kami cuba sedaya upaya untuk pastikan info dekat Pricing adalah accurate dan update, kami tak boleh guarantee ia bebas dari kesilapan. Kami berhak betulkan apa-apa error bila-bila masa.

Tertakluk pada change without notice — maksudnya, harga dan specs yang anda nampak sekarang mungkin lain minggu depan. Sebab tu harga yang mengikat adalah harga dalam quotation system kami, bukan harga dekat website. Jadi kalau anda nampak harga murah dekat website, cepat-cepat booking sebelum naik!

13. Undang-Undang Malaysia

Terma ni tertakluk pada undang-undang Malaysia. Apa-apa dispute yang timbul dari penggunaan service kami akan dirujuk kepada mahkamah Malaysia. Kami amat galakkan rundingan secara baik dulu sebelum apa-apa legal action. Jom settle macam dewasa — bincang dulu, baru escalate.

14. Sokongan & Pertanyaan

Semua urusan kami dijalankan secara layan diri. Untuk sebarang pertanyaan atau sokongan, log masuk ke Client Portal anda dan hantar tiket sokongan:

Harga promo mula RM 699 Sebutharga percuma — siap dalam 14 hari Isi Form